Research Repository


PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH BESTARI SMK SERI BINTANG SELATAN KUALA LUMPUR : SATU KAJIAN KES

Author : Abdul Jabbar



View / Open
TURNITIN RESULT'S
PEER REVIEW

Date:
13-08-2022

Author:
Abdul Jabbar

Abstrak:
Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sebuah sekolah bandar berstatus bestari iaitu SMK Serf Bintang Selatan Kuala Lumpur. Tinjauan perbezaan persepsi dilakukan di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan ciri-ciri demografi yang dipilih. Seterusnya kajian mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan yang signifikan antara pelajar dengan faktor-faktor motivasi pelajar, faktor guru, ibubapa, rakan sebaya, sukatan pelajaran, peralatan, pentadbiran dan menentukan faktor utama terhadap permasalahan ini. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah berkaitan. Borang soal selidik yang digunakan iaitu bahagian A terdiri daripada 15 soalan yang berkaitan dengan data pelajar dan item mengukur persepsi pelajar. Manakala bahagian B terdiri daripada 15 item untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Analisis peratus digunakan bagi mengukur kekerapan jawapan pelajar. Kajian mendapati pelajar perempuan mempunyai persepsi positif berbanding dengan pelajar lelaki. Hasil kajian dijangkakan dapat memberi informasi tentang tahap persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan seterusnya memberi peluang kepada penulis untuk melakukan kajian yang sama di pelbagai tempat.

URI:
FILE DOWNLOAD - PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH BESTARI SMK SERI BINTANG SELATAN KUALA LUMPUR : SATU KAJIAN KES