Header Banner

Research Repository

Sistem penyimpanan dan penelusuran dokumen akademik.


Jurnal Jurnal Nasional

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH BESTARI SMK SERI BINTANG SELATAN KUALA LUMPUR : SATU KAJIAN KES

Abdul Jabbar | Diterbitkan pada 13 August 2022
Cover Dokumen
Identitas Dokumen
Penulis Utama Abdul Jabbar
Kategori Jurnal Nasional
Tipe Dokumen Jurnal

Abstrak / Deskripsi Singkat

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di sebuah sekolah bandar berstatus bestari iaitu
SMK Serf Bintang Selatan Kuala Lumpur. Tinjauan perbezaan persepsi dilakukan
di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan
ciri-ciri demografi yang dipilih. Seterusnya kajian mengenal pasti sama ada terdapat
perkaitan yang signifikan antara pelajar dengan faktor-faktor motivasi pelajar,
faktor guru, ibubapa, rakan sebaya, sukatan pelajaran, peralatan, pentadbiran dan
menentukan faktor utama terhadap permasalahan ini. Sampel kajian terdiri daripada
60 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah berkaitan. Borang soal selidik yang
digunakan iaitu bahagian A terdiri daripada 15 soalan yang berkaitan dengan data
pelajar dan item mengukur persepsi pelajar. Manakala bahagian B terdiri daripada
15 item untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar
terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Analisis peratus digunakan bagi
mengukur kekerapan jawapan pelajar. Kajian mendapati pelajar perempuan
mempunyai persepsi positif berbanding dengan pelajar lelaki. Hasil kajian
dijangkakan dapat memberi informasi tentang tahap persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan seterusnya memberi peluang kepada penulis
untuk melakukan kajian yang sama di pelbagai tempat.

Akses Berkas Dokumen

Naskah / Berkas Utama
URI: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH BESTARI SMK SERI BINTANG SELATAN KUALA LUMPUR : SATU KAJIAN KES
Unduh
Hasil Uji Plagiasi (Similarity)
Laporan pengecekan Turnitin / Plagiarisme
Tidak Tersedia
Hasil Peer Review
Laporan ulasan sejawat
Tidak Tersedia